Entry: Suasana Di Sekitar Majlis Iftar Pada 13 Sep 09 Monday, September 14, 2009



Majlis Iftar bersama Qari Mesir dan Tempatan bermula pada jam 6.00 petang semalam.  Ramai para hadirin yang sampai sebelum waktunya.  Ada yang berligar-ligar disekitaran Raffles Town Club untuk mengambil gambar dan juga yang sedang menanti sahabat handai atau saudara mara.

Melangkah menuju Ballroom.  Sejuk aje mata memandang......

Papan tanda yang disediakan oleh pihak hotel mengenai Majlis Iftar Jemaah Iqra'.


'Selamat Datang ke majlis iftar Jemaah Iqra'....
Para hadirin disambut dengan gembira oleh Sukarelawan Jemaah Iqra' yang manis2 dan comel belaka..

Ini lah ruang tamu untuk berbuka puasa dan mendengar bacaan ayat suci Al Quran.

Majlis dimulai dengan kata2 aluan diikuti dengan bacaan Al Quran oleh yang berbahagia Ustaz Ahmadini Hj Amir.

Seterusnya majlis diikuti pula dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh Qari Mesir, Sheikh Saad Ramadan Muttawe dengan penuh semangat.  Tak dengar rugi wooii..

Diikuti pula dengan bacaan istimewa oleh Qari tempatan kita, Ustaz ismail Bin Othman yang membacaankan ayat2 suci Al Quran ala Arabia / Mesir.  Yang ni tak dengar lagi rugi besar.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Duta Egypt, Tuan Aziz Mohamed Shahid yang menyatakan rasa bangga nya dapat menghadiri majlis iftar itu.

Seterusnya Dr Syed Farid Al Attas seorang Professor dari University Kebangsaan Singapura (NUS) memberikan ceremah mengenai keindahan bacaan Al Quran.

Diikuti pula dengan bacaan Al Quran oleh Qari Mesir, Sheikh Ibrahim Sayed Ar Rifaie yang membacakan ayat2 suci Al Quran yang menggegarkan dewan tamu dimalam tersebut.  MasyaAllah...

Begini lah rupa kad undangan Majlis Iftar anjuran Jemaah Iqra' ($40/- seorang).

Azan magrib dilaungkan oleh Sheikh Ibrahim Sayed Ar Rifaie menandakan masuk waktu solat magrib dan sekali gus masuk waktu berbuka puasa.
Korma. teh atau kopi, roti dan sop sayur adalah makanan pembuka puasa sebelum hadirin menunaikan solah magrib.

Para hadirin yang bersolat magrib berjemaah didewan yang disediakan.

Selesai menunaikan solat magrib para hadirin dijamu dengan berbagai makanan yang enak2.  Bismillah, jemput makan.

Majlis diteruskan dengan Bacaan Al Quran oleh Ketua Jemaah Iqra' ya itu Ustaz Hj Jamaludin Mohd Zain yang menyampai bacaan ayat2 suci Al Quran ala Arabia / Mesir.  Suaranya yang lunak dan lemak berkrim membuat para hadirin bertambah selera berbuka puasa.  Maklum lah dapat santapan 2 in 1, rohani dan jasmani.

Habib Hassan Al Attas, selaku penasihat Jemaah Iqra' juga memberikan ucapan dan ceramah ringkas pada tetamu yang hadir.  Beliau mengucapkan terima kaseh menyatakan kegembiraannya dapat bersama-sama pada malam tersebut.

Seterusnya, Sheikh Mahmud Ibrahim dijemput naik kepentas untuk membacakan ayat2 suci Al Quran.  Beliau membacakan ayat2 suci Al Quran dengan membawakan taranum yang bisa melilihkan airmata.  Rugi.. rugi.. kalau tak dengar.

Akhir sekali, sebelum majlis berhenti untuk solat tarawih, Sheikh Ali Faraq dengan segaknya dijemput menaiki pentas untuk menyampaikan bacaan ayat2 suci Al Quran.  Suaranya yang lembut lagi lunak, Sheikh Ali Faraq membuat para hadirin terpegun menahan nafas.   Siapa tak dengar bacaan Sheikh Ali Faraq ni memang paling rugi besar!  Pendek kata semua bacaan ayat2 suci Al Quran oleh Qari2 tempatan dan Mesir pada malam tersebut semuanya hebat2 belaka.

Memperkenalkan kakitangan dibelakang tabir.  Songkok putih, Encik Rasman sebagai pengacara majlis.  Songkok coklat Encik Sufian mengendalikan slide powerpoint yang telah disusun oleh Nurfatin (tak mahu bergambar).

Syukur Alhamdullah majlis berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir.
Dan yang penting para hadirin semua berpuas hati.  Lihat lah wajah2 riang mereka.....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments