Entry: Sambutan Maulidur Rasul 1409H Saturday, May 02, 2009





Bulan maulud ni banyak aktiviti2 seperti syarahan agama yang diadakan oleh persatuan2 atau badan2 Islam sempena mengingati junjungan nabi besar kita nabi Muhammad S.A.W.  Ya lar kalau kita umat Islam tak mengingati nabi kita sendiri siapa lagi kan?  Takkan nak suruh apek sebelah rumah pulak.



Ini adalah kali kedua Hj Jamaludin sekeluarga mengadakan maulud nabi secara persendirian.  Duit yang mereka kumpul setiap tahun tidak dihabiskan untuk pergi melancong tetapi sebaliknya mengadakan majlis tersebut.  Oleh kerana terlalu gembira dapat mengadakan majlis maulud ini, Hj Jamaludin mengumumkannya di surat khabar supaya siapa2 yang suka untuk mengingati nabi Muhammad S.A.W datang beramai-ramai....  



Diantara yang hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Ahmadini, Qari Mesir Sheikh Redwan, dan 3 lagi pensyarah untuk memeriahkan majlis.   Kumpulan kompang juga turut diundang untuk menyambut tetamu2 terhormat pada malam itu.



Ini adalah diantara kaum wanita yang hadir.  Tempat duduk semuanya penuh.   



Ustaz Ahmadini memberi ucapan ringkas.



diikuti dengan bacaan ayat2 suci Al Quran oleh Qari Mesir, Sheikh Redwan.



Majlis diteruskan dengan syarahan sempena menyambut maulidur Rasul oleh 3 pensyahan dari masjid Ba'Alwie.





Majlis berjalan dengan baik dari awal hingga akhir.  Walaupun penat, Hj Jamaludin sekeluarga sangat berpuas hati... 

.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments