DI SINI AKAN AKU CORETKAN PENGALAMAN HIDUP KU. BACAAN AL QURAN BERLAGU QARI TIMUR TENGAH, QARI MESIR ATAU QARI ARAB.
AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN DI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA. TAJWID AL QURAN. QARI ANTARABANGSA.
CERPEN TERBAIK SINGAPURA. PUISI. SAJAK. HAIKU. SASTERA MELAYU. CERITA LUCU ATAU CERITA HUMOR.
RESEPI MASAKAN MELAYU. ARTIKEL MAJALAH WANITA DAN LAIN2.



Wednesday, February 21, 2007
Bacaan Al Quran Oleh Ustaz Haji Jamaludin diMasjid Hasanah

Hari Sabtu yang lalu aku dan kawan2 pergi ke masjis Hasanah untuk mengikuti Haflah Dzikir di ikuti dengan syarahan agama.  Majlis Haflah Dzikir bermula selepas waktu magrib dan syarahan agama pula bermula selepas waktu Isyak.

Aku dan kawan2 tiba lebih awal di Masjid Hasanah.  Sampai sahaja disana aku melihat Ustaz Haji Jamaludin sedang bersiap-siap untuk membacakan ayat suci Al Quran sementara menanti jemaah yang lain datang untuk menunaikan solat fardu magrib.  Aku sangat suka mendengar bacaan ayat suci Al Quran yang dibacakan oleh Haji Jamaludin.  Setiap kali aku mendengar bacaan beliau pasti hati ku tersentuh.  Memberi aku semangat untuk mendengar dan mempelajari seni bacaan Al Quran.  Tanpa berlengah aku pun mengambil kesempatan hari itu untuk merakamkan bacaan beliau.

Bacaan Al Quran secara 'LIVE' dimasjid begini memang jarang sekali aku lihat di Singapura.  Aku merasa kagum dan bangga dengan masjid Hasanah kerana mengundang Qari untuk membacakan ayat suci Al Quran sebelum masuk waktu solat.  Dan ini bukan lah pertama kali Masjid Hasanah mengundang Ustaz Haji Jamaludin untuk membacakan ayat suci Al Quran sebelum masuk waktu solat fardu.  Yang lebih membanggakan lagi Masjid Hasanah telah mengundang beberapa orang Qari dari Sukarelawan Jemaah Iqra' untuk membacakan ayat suci Al Quran disepanjang bulan Ramadhan sebelum masuk waktu solat fardu magrib , sebelum berbuka puasa.  MasyaAllah!!! Semoga Allah berkati masjid dan pengunjungnya yang memuliakan bacaan Al Quran seperti yang dilakukan oleh Masjid Hasanah.

Selepas mendengar syarahan agama, yang berakhir kira2 jam sebelas malam, para jemaah yang penuh satu masjid dijamu dengan nasi beryani didalam dulang.  Memang dah lama aku tak makan nasi dalam dulang beramai-ramai seperti ini....


Posted at 2/21/2007 5:48:56 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Sunday, January 21, 2007
Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan 2007 (Singapura)

Peluang dibuka kepada warga negara atau penduduk tetap Singapura
untuk menyertai pertandingan dalam:

Majlis Tilawah Al-Quran
Kebangsaan 2007

Peringkat Dewasa / Belia / Kanak-kanak 2007 - 1428H

Matlamat:
.  Mencungkil bakat2 baru dalam bidang pembacaan Al-Quran.
.  Menggalakkan para belia dan kanak2 untuk mencintai Al-Quran.
.  Mengenal pasti pelapis Qari dan Qariah yang berpotensi ke Peringkat
   Kebangsaan dan Antarabangsa.
.  Menerapkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran didalam kehidupan
   Masyarakat Islam.

Hadiah:
.  Johan Qari dan Qariah akan menerima piala pusingan
.  Semua peserta yang masuk ke peringkat akhir akan menerima sijil penyertaan
   dan wang tunai

Jadual Musabaqah:

 PERINGKAT             

SARINGAN                        

SEPARUH AKHIR            

 AKHIR                            

DEWASA         
18 - 50 Tahun
Tarikh penutup: 30/3
14/4, 15/4
Masjid An-Nur         
21/4, 22/4
Masjid An-Nur
5/5, 6/5
BELIA
13 - 17 Tahun
Tarikh penutup: 3/3
17/3, 18/3
Masjid En-Naeem
24/3, 25/3
Masjid En-Naeem
5/5, 6/5
-
KANAK-KANAK
12 tahun dan kebawah
Tarikh penutup: 10/2
24/2, 25/2
Masjid Assyafaah
3/3, 4/3
Masjid Assyafaah
 
5/5, 6/5
. Tempat akan
  ditetapkan

Cara memohon:
.  Mengisi borang pendaftaraan rasmi yang dikeluarkan oleh MUIS.
.  Borang penyertaan boleh diperolehi di MUIS dan beberapa masjid.
.  Sekeping gambar warna yang terkini berukuran passport hendaklah dilampirkan
   bersama dengan borang pendaftaran.
.  Borang pendaftaran yann tidak lengkap dan lewat diterima oleh Sekretariat MTQ
   tidak akan diterima.
.  Borang pendaftaran yang telah di isi dengan lengkap berserta wang pendaftaran
   sebanyak $10.00 dan gambar hendaklah dihantar kepada:

Bagi Peringkat Kanak-kanak:
Masjid Assyafaah, 1 Admiralty Lane Spura 757620       Tel: 67563008
Bagi Peringkat Belia:
Masjid En-Naeem, 120 Tampines Road Spura 535136   Tel: 62879225
Bagi Peringkat Dewasa:
Masjid An-Nur, 6 Admiralty Road Spura 739983            Tel: 63631383

DIPETIK DARI SURAT KHABAR BERITA MINGGU SINGAPURA
TARIKH - AHAD 21 JANUARI 2007 (2 MUHARRAM 1428) - ms 11



Posted at 1/21/2007 5:37:22 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Wednesday, October 11, 2006
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2006

Assalamualaikum.  Sab ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidi Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat terutama sekali kepada semua kawan2 blog yang tak putus asa datang kat sini walaupon Sab dah lama tak update.  kehkehkeh.... 

Macam biasa lah dalam bulan puasa ni sebuk buat persiapan hari raya... cuci itu, cuci ini pasal nak kejarkan hari panas.  Jahit itu, jahit ini... buat kueh itu, buat kueh ini.  Mana nak siapkan masakan berbuka, sahur.  Eh, macam2 lagik lah kerja.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Posted at 10/11/2006 3:24:15 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Thursday, September 21, 2006
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1427H

Ramadhan adalah bulan penuh berkah...
Bulan dimana diturunkannya Al-Qur'an...
Bulan dimana dilipatgandakan pahala dari setiap amal ibadah...
Bulan dimana syaitan2 dibelenggu...
Bulan dimana kita dilatih untuk menjaga kesabaran, nafsu & amarah...
Bulannya seribu bulan...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk semua umat Islam
terutama sekali kepada semua kawan2 blogger.


Posted at 9/21/2006 4:06:14 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Saturday, September 02, 2006
Bacaan Al Quran Dari Pengantin



BACAAN AL QURAN DARI PENGANTIN

Majlis perkahwinan selalunya diiringi dengan lagu2 yang berkumandang dari CD atau karaoke di pagi minggu.  Itu biasa lah.  Malam rewang selalunya sunyi sepi.  Sepi bagai malam tak berbintang, heheeee..

Tetapi lain pula dengan Cik Asmah.  Cik Asmah yang dah lama belajar Al Quran dengan Ustazah Zainon memeriahkan malam rewang majlis perkahwinan anaknya dengan bacaan Al Quran.  Semoga Allah memberkati Cik Asmah sekeluarga.

Yang menariknya anak Cik Asmah, pengantin sendiri telah membacakan ayat suci Al Quran beramai-ramai.  Dan anak murid Ustazah Zainon yang lain juga berpeluang untuk menyumbangkan bacaan Al Quran pada malam tersebut, MasyaAllah....

Aku dan kawan2 merasa gembira dapat menghadiri majlis seperti ini.  Sempat juga aku ambil gambar buat kenang-kenangan... Sila klik Gambar untuk melihat photo album.

Firman Allah pada Surah Fatir, Ayat 29 - 30 yang terjemahannya bermaksud;
29. "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,

30. agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri".


Posted at 9/2/2006 6:35:05 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Tuesday, August 15, 2006
Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 48



MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-48

Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 48 baru sahaja berakhir pada 10 Ogos 2006 yang lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.  Dua  peserta yang mewakili Singapura ialah encik Musafak Bin Kasbi dan cik Nurul Huda Bte Khamsani.



Peserta negara Iran, Hossein Saeid Rostami Tabrizy telah menjuarai bahagian qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-48 ini.  Hossein memperoleh markah 89.25 % meninggalkan peserta Afrika Selatan, Abdul Aziz Brown di tempat kedua yang memperoleh 88.58 %, dan peserta Malaysia Haji Shafei bin Lebai Hanafiah di tempat ketiga dengan 88.50 %.



Manakala cik Sainab Abdulromee, peserta dari negara Thailand menjadi johan qariah majlis tilawah ini dengan memperolehi markah 91.67 %. Tempat kedua dimenangi oleh peserta Malaysia, Puan Maslina Sinaga binti Abd. Rahman dengan markah 91.50 %, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puan Musdalifah dari Republik Indonesia dengan markah 87.75 %.

 

QARI

  1. Hossein Saeid Rostami Tabrizy, Iran, 89.25 %,

  2. Abdul Aziz Brown, Afrika Selatan, 88.58 %,

  3. Haji Shafei bin Lebai Hanafiah, Malaysia, 88.50 %,

  4. Cairoden Mangotara, Filipina, 88.17 %,

  5. Aziz Alili, Croatia, 87.92 %,

  6. Hamli Yunus, Indonesia, 87.17 %,

  7. Mohammed Iraoui, Morocco, 86.08 %,

  8. Awang Muhd Fahmie Haji Awang Metussin, Brunei, 86.00 %,

  9. Athmane Zakaria Hamama, Algeria, 85.50 %,

10. Erhan Mete, Turkey, 84.58 %,

11. Abas Basher Muhd Safar, Libya, 83.33 %,

12. Chatchai Vanba, Thailand, 83.08 %,

13. Md Amzad Hosen Rana, Bangladesh, 82.33 %,

14. Abdullah Ahmad Safar Hassan, Kuwait, 81.92 %,

15. Saide Habibo Bahvandas Habibe, Mozambique, 81.08 %,

16. Hameed Mahdi Zarabi, Canada, 81.00,

17. Atta-ul Manan s/o Mufti Mubashir Ahmad, Pakistan, 80.58 %.

QARIAH

18. Sainab Abdulromee, Thailand, 91.67 %,

19. Maslina Sinaga binti Abd Rahman, Malaysia, 91.50 %,

20. Musdalifah, Indonesia, 87.75 %,

21. Nurulhuda binti Khamsani, Singapura, 85.17 %,

22. Rahma Bango Yunos, Filipina, 84.00 %,

23. Dayang Hajjah Maidah Haji Abd Rahman, Brunei, 81.83 %,

      24. Sumsunnahar Siddika, Bangladesh, 81.17 %.

Firman Allah dalam Surah Ar Ra'd, Ayat 31 yang terjemahannya bermaksud;
"Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quraan itulah dia) [774]. Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.



Posted at 8/15/2006 10:34:43 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Sunday, July 23, 2006
MTQ anjuran masjid An Nur serta kerjasama qaryah2



Minggu lepas 15 Jul 2006 (Ahad) aku dan en. abang telah memasuki Musabaqah Tilawah Al Quran anjuran Masjid An Nur serta kerjasama qaryah2.  Aku sampai diMasjid An Nur tepat pada waktunya.  Aku terus ke meja pendaftaran untuk mengambil undi giliran dan surah yang akan dibacakan.  Aku dapat giliran nombor 9, surah Al Imran, Ayat 133. Majlis MTQ bermula jam 3.30 ptg.



Semua peserta diminta masuk dalam sebuah bilik sementara menunggu giliran.  Di sini aku menyemak surah yg telah diberikan bersama peserta2 yang lain.   Macam biasa lah, jantung rasa dak duk juga sementara menunggu giliran untuk membacakan ayat suci Al Quran dihadapan hadirin, heheheeee...



Majlis berjalan dengan lancar.  Ini lah astaka yang telah disediakan untuk para peserta MTQ tempoh hari.  Setiap peserta diberi masa 8 minit untuk membacakan surah yang telah dipilih mengikut giliran awal tadi.  Aku mulakan bacaan dengan taranum Bayati, Nahawan dan Sikah ditutupi dengan Bayati Husayni.



Walaupun aku tak menang, tapi aku rasa gembira dan bersyukur kerana dapat menyampaikan ayat2 suci Al Quran untuk diperdengarkan kepada para hadirin yang hadir.  Pemberian hadiah disampaikan oleh Encik Hawazi Daipi  sendiri kepada peserta MTQ.  Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 malam.

Firman Allah pada Surah Ar R'ad, Ayat 31 yang terjemahannya bermaksud;
31. "Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quraan itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji."


Posted at 7/23/2006 6:36:19 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Sunday, July 09, 2006
Ujian Tilawah Al Quran Anjuran Pelajar2 Ustaz Ahmadini

Minggu lepas pada hari Ahad 2 Jul 06, aku dan kawan2 telah menyertai Ujian Tilawah Al-Quran anjuran pelajar2 Ustaz Ahmadini di Masjid Muhajirin.  Lebih kurang 60 pelajar telah mengambil bahagian.  Ini termasuk dewasa, belia dan kanak2 (lelaki & perempuan).



Ujian Tilawah dimulakan pada jam 10.00 pagi.  Majlis dimulai dengan ucapan dan doa oleh Ustaz Ahmadini.



Para perserta di beri masa 6 minit untuk membacakan ayat suci Al Quran.



Sementara menunggu giliran, peserta yang lain kelihatan menyemak ayat2 yang akan mereka bacakan.  Dewan Masjid Muhajirin dipenuhi oleh para pelajar dan juga ibubapa kanak2 yang mengambil bahagian.



Sempat juga aku ambil gambar hadiah yang telah disediakan pada hari itu.  Setiap seorang mendapat kristal yang di import khas dari Negeri Cina dalam kotak hitam dan sehelai sejadah.



Majlis Ujian Tilawah Al Quran di akhiri dengan ulasan ringkas dan pengumuman pemenang oleh Uztaz Ahmadini dan peyampaian hadiah untuk semua peserta yang mengambil bahagian.  Tengok tu pemenang tempat pertama untuk wanita dewasa, Hjh Umi Shariffah sedang tersenyum lebar....



Seperti biasa, majlis yang mulia ni akan dirakamkan sebagai kenang-kenangan dan juga motivasi buat mereka yang ingin mengambil bahagian dalam ujian Tilawah Al Quran di masa yang akan datang, Sekian.  Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....



Firman Allah pada Surah Fatir, Ayat 29 - 30 yang terjemahannya bermaksud;
29. "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,

30. agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri".


Posted at 7/9/2006 10:52:41 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Thursday, June 01, 2006
Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2006 (Dewasa)

Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2006 (Dewasa - Peringkat Akhir) telah pun berlangsung di oditorium MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) pada 28 May 2006 bermula dari jam 5 petang.  Seramai sepuluh orang qari & qariah telah berjaya melayakkan diri keperingkat akhir Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2006 (Dewasa) ini.

Nak tau tak siapa pemenang Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2006 (Dewasa) yang akan mewakili Singapura nanti?  Kalau nak tau bacalah seterus nya....

Pada 28 May 2006 yang lalu, aku dan kawan2 telah hadiri di oditorium MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) untuk menyaksikan Musabaqah Tilawah Al Quran (Dewasa) Peringakat Kebangsaaan - Akhir.  Seramai 6 peserta lelaki telah berjaya melayakkan diri ke peringkat ini.  Mereka ialah Encik Mohamed Yazid Bin Mohamed Jelani, Encik Azmi Bin Md Yunus, Hj Wahid Bin Mohamad, Encik Lukman Nurhakim Bin Suhaimi, Encik Musafak Bin Kasbi dan Hj Mohd Rizal Bin Hussin.  Syabas dan tahniah kepada mereka semua!!



Peserta wanita pula yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ini terdiri dari 4 orang.  Ya itu Hjh Ummi Shariffah Bte Mohd Zain, Cik Mastura Bte Syed Idros Alkaff, Cik Kalsom Bte Abdul Rahman & Cik Nurul Huda Bte Khamsani.  Syabas dan tahniah juga kepada mereka semua!!

Seperti biasa, setiap perserta memperdengarkan bacaan Al Quran (berlagu / bertaranum) masing dengan penuh semangat.  Mereka semua memang hebat2 belaka.  Majlis Tilawah Al Quran di akhiri dengan pengumuman pemenang yang akan mewakili Singapura kelak.

Keputusan Pemenang Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2006 diumumkan diakhir majlis.  Pemenang nya ialah :-

Pemenang tempat pertama qari: Musafak Bin Kasbi

Pemenang tempat pertama qariah: Nurul Huda Bte Khamsani

Marha.... marha!!



Firman Allah pada Surah Al Ahzab, Ayat 41-43 yang terjemahannya bermaksud;
41.  "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya".
42.  Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang". 
43.  Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman".


Posted at 6/1/2006 4:13:03 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Wednesday, April 26, 2006
Sayang Anak Ku Sayang



Syukur Alhamdullillah.  Senang hati aku bila tengok Yan dah mula berwajah ceria seperti dulu.  Walaupon badan kurus kedengkek, heeheee...

Kalau dulu Yan (anak sulung) selalu balik rumah dengan wajah yang muram, tak banyak bercakap... letih dan tak ada selera makan, tapi sekarang semuanya dah pulih.  Dia dah boleh gurau2 semula macam dulu dan menceritakan pengalaman nya pada aku.

Gambar ni aku baru snap tadi bila dia balik rumah.
Aku tanya dia 'macam mana hari ni Yan?'
Dia jawab sambil tersenyum, 'sekarang hari2 enjet orang, mak'

Aku selalu nasihatkan dia supaya buat kerje tu betul2.  Kalau beri injeksen tu jangan takut2kan dorang.  Kalau boleh assure them that you are the best medic there and make them feel that they are in good hand.   Sebab budak2 tu semua pun jauh dari mak bapak dorang.  So you have to take care of each other, ok!.  Yan senyum aje sambil mengganguk kepala.

Kin (anak kedua) baru aje habis SIP atau attachment tahun kedua Temasik Poly.  Dan Sha (anak bongsu) dapat masuk Nanyang Polytechnic dalam course Electronic & Computer Communication Engrg setelah lulus peperiksaan GCE'O' level.  Sekali lagi aku bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah s.w.t.

Haa... baru teringat, tak lama lagik Musabaqah Tilawah Al Quran (dewasa) akan berlansung dimasjid Mujahidin pada 6 & & May 2006.  Aku dan kawan2 yang lain sudah pun mendaftarkan diri untuk ujian tersebut.  Aduh, berdebar-debar jantung ni bila hari semakin dekat.  Kawan2 kalau ada masa lapang pada hari tersebut, datang lah untuk memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada peserta Musabaqah Tilawah Al Quran.

Firman Allah pada surah Al Baqarah, ayat 152

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

yang terjemahannya bermaksud,
"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu [98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni'mat)-Ku. [98] Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.

Posted at 4/26/2006 10:43:38 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Previous Page Next Page

   

<< September 2021 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30






rss feed