DI SINI AKAN AKU CORETKAN PENGALAMAN HIDUP KU. BACAAN AL QURAN BERLAGU QARI TIMUR TENGAH, QARI MESIR ATAU QARI ARAB.
AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN DI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA. TAJWID AL QURAN. QARI ANTARABANGSA.
CERPEN TERBAIK SINGAPURA. PUISI. SAJAK. HAIKU. SASTERA MELAYU. CERITA LUCU ATAU CERITA HUMOR.
RESEPI MASAKAN MELAYU. ARTIKEL MAJALAH WANITA DAN LAIN2.



Monday, July 16, 2007
Bacaan Al Quran oleh Johan Qari MTQ Kebangsaan Singapura Tahun 2003




BACAAN AL QURAN OLEH TUAN MUHAMMAD ISMAIL BIN OTHMAN DIMAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI SABTU, 14 JULY 07 DI JALAN BATU / MOUNTBATTEN ROAD.



Tuan Muhammad Ismail pernah menjadi Johan Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2003 dan mewakili Singapura.

Posted at 7/16/2007 1:09:13 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Wednesday, July 11, 2007
Tilawah Al Quran 2007 - Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah



Alhamdullillah.. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah akan menganjurkan Tilawah Al Quran pada 4 Ogos 2007.  Tilawah Al Quran ni terbuka pada semua peringkat usia.


Posted at 7/11/2007 2:03:29 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Monday, May 21, 2007
Kin's Graduation Day 2007

Tak tahu apa gaknya perasaan anak kesayangan aku yang nombor dua ni.  Tapi yang pasti aku merasa sangat gembira kerana pada hari ini aku sekeluarga  meraikan 'Graduation Day' Kin yang dah tamat pengajian dalam bidang Diploma In  Interactive Media Design dimaktab Temasek Polytechnic.  Handsome nya Kin bila mengenakan robe graduation tu. 



Ini adalah antara rakaman video yang sempat aku ambil setelah selesai upacara penyampaian sijil dan hadiah....




Posted at 5/21/2007 11:15:38 pm by Sab
Wah! dah ada (1) orang komen,  

Sunday, May 20, 2007
Bacaan Al Quran dari Qari Mesir Sheikh Ridwan Jumaat



Sheikh Ridwan Jumaat tiba pada jam 9 malam, hari Jumaat, 18 May 2007 di rumah Tuan Aripin.  Beliau disambut dengan penuh gembira oleh Tuan Aripin sekeluarga, dan juga mereka yang hadir pada hari tersebut.  Setelah menanyakan khabar masing2, Sheikh Ridwan memulakan sesi bertalaki dengan En. Rasman, Tuan Aripin sendiri, Hj Ibrahim,  En. Khalis dan juga Cik Zainon.  Walaupun Sheikh Ridwan kurang sehat, namun beliau masih bertenaga untuk menyampaikan ayat suci Al Quran di ikuti dengan doa penutup majlis.

Sheikh Ridwan akan datang lagi kerumah En. Aripin pada hari Khamis yang akan datang, 24 May 07 selepas solat Isyak.  Mereka yang berminat dan suka untuk mendengar bacaan Al Quran dari Qari Mesir secara "LIVE" dipersilakan hadir.  Semoga majlis zikru ini diberkati Allah, insyaAllah.....




Posted at 5/20/2007 1:32:50 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Saturday, May 12, 2007
Keputusan Musabaqah Tilawah Al Quran 2007

Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2007 (Dewasa - Peringkat Akhir) telah pun berlangsung di Oditorium Masjid Sultan pada 6 May 2007 bermula pada jam 5 petang.  Seramai sepuluh orang qari & qariah telah berjaya melayakkan diri keperingkat akhir Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2007 (Dewasa) ini.

Nak tau tak siapa pemenang Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2007 (Dewasa) yang akan mewakili Singapura nanti?  Kalau nak tau bacalah seterus nya....

Pada 6 May 2007 yang lalu, aku dan kawan2 telah hadiri di Oditorium Masjid Sultan  untuk menyaksikan Musabaqah Tilawah Al Quran (Dewasa) Peringkat Kebangsaaan - Akhir.  Seramai 6 peserta lelaki telah berjaya melayakkan diri ke peringkat ini.  Mereka ialah Hj Abdul Wahid Bin Mohamad, Encik Azmi Bin Md Yunus, Encik Md Md Khairul Bin Khalid, Encik Md Rizal Bin Hussin, Encik Md Syamir Bin Jamalludin dan Encik Aljunaidi Bin Mawadi.  Syabas dan tahniah kepada mereka semua!!



Peserta wanita pula yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ini terdiri dari 4 orang.  Ya itu Cik Nur Azizah Bte Solichin, Cik Nurul Huda Bte Khamsani, Hjh Ummi Shariffah Bte Mohd Zain dan Cik Sharifah Rashidah Bte Syed Idros.  Syabas dan tahniah juga kepada mereka semua!!

Seperti biasa, setiap perserta memperkenalkan bacaan Al Quran (berlagu / bertaranum) masing2 dengan penuh semangat.  Mereka semua memang hebat2 belaka.  Majlis Tilawah Al Quran di akhiri dengan pengumuman pemenang yang akan mewakili Singapura kelak.

Keputusan Pemenang Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2007 diumumkan diakhir majlis.  Pemenang nya ialah :-

Pemenang tempat pertama qari: Qari Md Khairul Bin Khalid (markah 78.9)

Pemenang tempat pertama qariah: Qariah Nur Azizah Bte Solichin (markah 80.8)

Marha.... marha!!



Firman Allah pada Surah Al Ahzab, Ayat 41-43 yang terjemahannya bermaksud;
41.  "Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya".
42.  Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang". 
43.  Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman".

Posted at 5/12/2007 9:53:55 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Tuesday, April 10, 2007
Bacaan Al Quran oleh Tuan Aripin di Majlis Perkahwinan

BACAAN AL QURAN OLEH TUAN ARIPIN DIMAJLIS PERKAHWINAN
PADA HARI SABTU, 7 APRIL 07 DI ADMIRALTY DRIVE


Rasulullah S.A.W.bersabda yang bermaksud;
"Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran,
sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah."
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, dan Ahmad)

Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud;"
"Hiasilah al-Quran dengan suaramu."
(Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim).
 Dalam hadis lain dijelaskan;
"Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran."
(Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)


Posted at 4/10/2007 10:26:16 am by Sab
Wah! dah ada (1) orang komen,  

Friday, April 06, 2007
Seminar - Tilawati Al Quran


Ustaz Haji Ahmadini membuka majlis Tilawati dengan ucapan ringkas dan doa


En. abang berbaju melayu warna putih bersedia menyambut kedatangan peserta dengan senyuman mesra


Ruang Oditorium Masjid Sultan dipenuhi dengan peserta 'Tilawati'


Drs Haji Hassan Sadzli dari Pesentren Nurul Falah, Surabaya


Ustaz Nanang & Ustaz Ahmad


Setiap peserta membawa pulang 6 jilid kitab Tilawati dan sijil penyertaaan

Posted at 4/6/2007 1:23:21 pm by Sab
Wah! dah ada (1) orang komen,  

Saturday, March 24, 2007
Belajar, Menghafal Al Quran - Ikuti Seminar 'Tilawati' pada 6 April 07 diMasjid Sultan


Keratan akbar Berita Harian, Sabtu pada 17 & 24 March 2007, ms.43

Kalau dulu ramai yang mempelajari Al Quran dengan cara Iqra'.  Tapi kali ini ada kaedah yang lebih canggih dan berkesan untuk mempelajari Al Quran dan menghafalnya dengan lebih sistematik, mudah, cepat dan lancar, ya itu dengan kaedah yang terkini disebut 'Tilawati'.

Mengikut keterangan Ustaz Ahmadini, pengerusi Jam'iyatul Qurra' Al Islamah (Singapura) Q7, beliau telah ke Surabaya pada awal bulan March 07 tahun ni dan menyaksikan sendiri bagaimana anak2 kecil yang berusia 2 tahun sudah pandai menghafal Al Quran dengan kaedah 'tilawati' ini.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui dan mempelajari kaedah terbaru 'Tilawati' ini.  Siapa2 yang berminat sila dapatkan borang penyertaan dari saya.  Alamak.. macam promosi pulak!!!  heheheeee... 
Bukan apa, jangan lepaskan peluang ini kerana tempat terhad.  Pendaftaran yang dibuat pada hari seminar diadakan, tidak akan dilayani.  Kesian kan.. kalau datang last minit,  pendaftaran ditutup.  Untuk warga emas yang berusia 70 tahun keatas dan pelajar yang berusia 18 tahun kebawah, harganya $50 sahaja.  Aku awal2 dah daftar... *senyum*

Setiap peserta akan diberi 6 Jilid Kitab Tilawati yang dicetak khas untuk mereka yang mendaftar dan Sijil Penyertaan yang ada nama anda tercatit diatasnya.  Drs H.Hasan Sadzli akan menerangkan kaedah 'Tilawati' ini 'step by step' dengan cara terperinci.  Sesiapa yang mempunyai Sjil Penyertaan dan mengikuti seminar ini sahaja yang layak untuk mengajar kaedah terbaru ini.  Dan pencetakkan 6 Jilid Kitab Tilawati ini tidak dibenarkan sama sekali.

Anda boleh gunakan ilmu yang dipelajari ini untuk mengajar anak2 anda atau pun untuk kegunaan diri anda sendiri....  

Sabda Rasullullah s.a.w. maksudnya;
"Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga".
- Riwayat Muslim -


Posted at 3/24/2007 1:21:22 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Tuesday, March 20, 2007
Perkhidmatan Negara SCDF



Aduh... handsomenya anak aku yang sorang ini.   Minggu lepas pada 13  Mar 07 Sha dah kena panggil untuk menjalani perkhidmatan negara - Singapore Civil Defence Force (SCDF) di Jalan Bahar.

Aku sekeluarga pergi menghantar Sha di camp Jalan Bahar tu.  Sedih tu memang lah sedih sebab sunyi kalau Sha tak ada dirumah.  Apapun sebelum Sha berangkat, aku sekeluarga telah pun mengadakan kenduri berserta bacaan Al Quran dan doa selamat untuk Sha.



Aku doakan anakku Sha selamat, sehat, kuat dan berani apabila menjani latihan SCDF dicamp  Basic Rescue Training Centre (BRTC) tu.  Mak dan ayah sayang Sha...


Posted at 3/20/2007 12:58:07 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Wednesday, February 28, 2007
Bacaan Al Quran oleh Hjh Umi Shariffah di Masjid Al Falah

Kepada mereka yang biasa memasuki Msabaqah Tlawah Al Quran, sebut aje nama Hjh Umi Shariffah Mohd Zain pasti ramai yang mengenalinya.  Beliau merupakan salah seorang finalist Musabaqah Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan (Singapura) tahun 2005 dan 2006.

Minggu lepas semasa menghadiri kelas pengajian Al Quran bersama Ustaz Haji Ahmadini di Masjid Al Falah aku sempat merakamkan bacaan beliau.  Beliau membawakan taranum Bayati, Soba dan Hijaz ditutup dengan Bayati Husaini.  Aku suka dengar bacaan Al Quran yang dibawakan oleh Hjh Umi Shariffah kerana beliau mempunyai suara yang lantang dan bersih.


Posted at 2/28/2007 10:25:54 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Previous Page Next Page

   

<< July 2021 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31






rss feed