DI SINI AKAN AKU CORETKAN PENGALAMAN HIDUP KU. BACAAN AL QURAN BERLAGU QARI TIMUR TENGAH, QARI MESIR ATAU QARI ARAB.
AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN DI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA. TAJWID AL QURAN. QARI ANTARABANGSA.
CERPEN TERBAIK SINGAPURA. PUISI. SAJAK. HAIKU. SASTERA MELAYU. CERITA LUCU ATAU CERITA HUMOR.
RESEPI MASAKAN MELAYU. ARTIKEL MAJALAH WANITA DAN LAIN2.



Saturday, May 02, 2009
Sambutan Maulidur Rasul 1409H



Bulan maulud ni banyak aktiviti2 seperti syarahan agama yang diadakan oleh persatuan2 atau badan2 Islam sempena mengingati junjungan nabi besar kita nabi Muhammad S.A.W.  Ya lar kalau kita umat Islam tak mengingati nabi kita sendiri siapa lagi kan?  Takkan nak suruh apek sebelah rumah pulak.



Ini adalah kali kedua Hj Jamaludin sekeluarga mengadakan maulud nabi secara persendirian.  Duit yang mereka kumpul setiap tahun tidak dihabiskan untuk pergi melancong tetapi sebaliknya mengadakan majlis tersebut.  Oleh kerana terlalu gembira dapat mengadakan majlis maulud ini, Hj Jamaludin mengumumkannya di surat khabar supaya siapa2 yang suka untuk mengingati nabi Muhammad S.A.W datang beramai-ramai....  



Diantara yang hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Ahmadini, Qari Mesir Sheikh Redwan, dan 3 lagi pensyarah untuk memeriahkan majlis.   Kumpulan kompang juga turut diundang untuk menyambut tetamu2 terhormat pada malam itu.



Ini adalah diantara kaum wanita yang hadir.  Tempat duduk semuanya penuh.   



Ustaz Ahmadini memberi ucapan ringkas.



diikuti dengan bacaan ayat2 suci Al Quran oleh Qari Mesir, Sheikh Redwan.



Majlis diteruskan dengan syarahan sempena menyambut maulidur Rasul oleh 3 pensyahan dari masjid Ba'Alwie.





Majlis berjalan dengan baik dari awal hingga akhir.  Walaupun penat, Hj Jamaludin sekeluarga sangat berpuas hati... 

.

Posted at 5/2/2009 3:21:02 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Monday, February 18, 2008
Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan 2008


Posted at 2/18/2008 12:44:54 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Friday, September 28, 2007
Tiga Qari Mesir di Singapura Sepanjang Bulan Ramadhan 2007




 






 
  

   


Posted at 9/28/2007 10:52:13 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Thursday, September 06, 2007
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak



BACAAN AYAT SUCI AL QURAN ALA ARABIA OLEH QARI SINGAPURA
- USTAZ MUHAMMAD ISMAIL BIN OTHMAN YANG PERNAH MENYANDANG GELARAN JOHAN MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN DISINGAPURA TAHUN 2003 KE PERINGKAT ANTARABANGSA DI KUALA LUMPUR.

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak" buat semua umat Islam sedunia, terutama kepada semua kawan2 blog yang mengenali ku.

Inilah masa nya kita memperbanyakkan ibadah kepada Tuhan dengan berpuasa disiang hari, bersolat tarawih di malam hari dan memperbanyakkan membaca Al Quran.

Puasa dan Al Quran memang mempunyai kaitan yang sangat dalam.  Karena itu Rasulullah s.a.w memperbanyak membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan.  Tidak ada yang melebihi Al Quran.

Allah menurunkan Al Quran yang di dalamnya terdapat hukum-hukum Allah yang tegas.  Dari Al Quran itu mengalir petunjuk-petunjuk Allah untuk manusia, tidak ada kebohongan, tidak ada penyesatan, ia memberi syafaat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya.

Firman Allah dalam surah Al Qadr ayat 1- 3 yg terjemahannya bermaksud,
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Qur'an) dalam suatu malam yang mulia. Tahukah kamu apakah malam yang mulia itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"

Rasullullah s.a.w bersabda yg terjemahannya bermaksud,
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya." (HR Muslim dari Abu Umamah)

Dengan selalu membaca Al Quran, iman seseorang akan bertambah dan terus bertambah, dan tidak akan luntur apa yang telah ia yakini, hinggga berkuranglah keraguan-keraguan yang ada dalam jiwanya. Tidak ada satu pun penyembuh hati selain Al Quran, karena sebesar-besarnya penyakit hati adalah kekafiran dan kemunafikan serta jauh dari jalan Allah. Dan tiada penawar atas penyakit-penyakit tersebut kecuali Al Quran.

Selamat menjalani ibadah puasa semoga bulan Ramadhan yang mulia ini tidak kita sia-siakan.

Posted at 9/6/2007 10:37:11 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Thursday, August 23, 2007
Qari, Qariah Malaysia johan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49



Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah pun berakhir minggu lalu.  

Abdul Aziz Mustakim, 44, yang memperoleh markah 92.17 peratus muncul sebagai johan qari manakala johan qariah dimenangi penyandang Amnah Ayup, 37, yang memperoleh markah 94.5 peratus.

Abdul Aziz, yang berasal dari Johor, dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.

Qari dan qariah Indonesia, Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo masing-masing menduduki tempat kedua bahagian qari dan qariah tilawah.

Tempat ketiga bahagian qari dimenangi oleh peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi oleh peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.

Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan 'Insan Cemerlang Ummah Terbilang', yang berlangsung sejak Khamis lalu, 16 Ogos 2008.


Posted at 8/23/2007 3:58:19 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Sunday, August 05, 2007
Musabaqah Tilawah Al Quran Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah pada 4 Ogos 07



Seramai 42 orang telah mengambil bahagian dalam Musabaqah Tilawah Al Quran 2007 anjuran masjid Jamiyah Ar Rabitah yang berlangsung pada 4 Ogos 07 pada jam 5 petang.  Saudara Mohd Ali juga turut mengambil bahagian dengan menyampaikan bacaan ayat suci Al Quran cara Arabia, Timur Tengah.... MasyaAllah!! 

Firman Allah dalam Surah Thaha ayat 113 yang terjemahannya bermaksud;
"Dan demikianlah Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali, di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertakwa atau (agar) Al Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka."



Kelihatan diatas ini antara para hadirin yang turut hadir untuk menyaksikan MTQ dan juga para peserta yang menunggu giliran masing2 untuk membacakan ayat suci Al Quran pada petang semalam.  Majlis berakhir lebih kurang jam 12.30 malam. Setiap peserta yang mengambil bahagian membawa pulang sijil penyertaan and sebuah cenderamata.

Posted at 8/5/2007 11:24:39 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Sunday, July 22, 2007
Bacaan Al Quran Oleh Pasangan Pengantin

Pernahkah anda melihat sepasang pengantin baru membacakan ayat suci Al Quran dimajlis perkahwinan mereka?  Ermm.. tentu tak pernah kan?

Lazimnya majlis perkahwinan diserikan dengan karaoke, tetapi majlis perkahwinan yang dihiasi dengan bacaan ayat2 suci Al Quran tampak lebih berseri, lebih2 lagi yang membacakan ayat suci Al Quran itu adalah pengantin sendiri yang berpakain serba indah di hadapan para tetamu yang hadir.  Pendek kata, aku sendiri merasakan bagai berada didalam kebun syurga waktu itu....

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yg terjemahannya bermaksud:
"Jika kalian melewati kebun-kebun syurga maka nikamtilah oleh kalian.
Para sahabat ra bertanya: Wahai rasuluLLAH, apakah kebun syurga itu?
Jawab nabi SAW: yaitu majlis-majlis dzikir, karena ALLAH memiliki malaikat-malaikat yang selalu mencari majlis-majlis dzikir.
Apabila mereka menemukannya maka mereka akan duduk bersama-bersama orang yang berdzikir itu."

(HR Muttafaq alaih, dari Ibnu Umar)



Posted at 7/22/2007 5:35:35 pm by Sab
Wah! dah ada (1) orang komen,  

Monday, July 16, 2007
Bacaan Al Quran oleh Johan Qari MTQ Kebangsaan Singapura Tahun 2003




BACAAN AL QURAN OLEH TUAN MUHAMMAD ISMAIL BIN OTHMAN DIMAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI SABTU, 14 JULY 07 DI JALAN BATU / MOUNTBATTEN ROAD.



Tuan Muhammad Ismail pernah menjadi Johan Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2003 dan mewakili Singapura.

Posted at 7/16/2007 1:09:13 am by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Wednesday, July 11, 2007
Tilawah Al Quran 2007 - Anjuran Masjid Jamiyah Ar-Rabitah



Alhamdullillah.. Masjid Jamiyah Ar-Rabitah akan menganjurkan Tilawah Al Quran pada 4 Ogos 2007.  Tilawah Al Quran ni terbuka pada semua peringkat usia.


Posted at 7/11/2007 2:03:29 pm by Sab
Klik disini kalau nak komen,  

Monday, May 21, 2007
Kin's Graduation Day 2007

Tak tahu apa gaknya perasaan anak kesayangan aku yang nombor dua ni.  Tapi yang pasti aku merasa sangat gembira kerana pada hari ini aku sekeluarga  meraikan 'Graduation Day' Kin yang dah tamat pengajian dalam bidang Diploma In  Interactive Media Design dimaktab Temasek Polytechnic.  Handsome nya Kin bila mengenakan robe graduation tu. 



Ini adalah antara rakaman video yang sempat aku ambil setelah selesai upacara penyampaian sijil dan hadiah....




Posted at 5/21/2007 11:15:38 pm by Sab
Wah! dah ada (1) orang komen,  

Next Page

   

<< May 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31






rss feed