DI SINI AKAN AKU CORETKAN PENGALAMAN HIDUP KU. BACAAN AL QURAN BERLAGU QARI TIMUR TENGAH, QARI MESIR ATAU QARI ARAB.
AUDIO BACAAN AL QURAN BERLAGU. TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
TARANUM AL QURAN. SENI LAGU AL QURAN DI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA. TAJWID AL QURAN. QARI ANTARABANGSA.
CERPEN TERBAIK SINGAPURA. PUISI. SAJAK. HAIKU. SASTERA MELAYU. CERITA LUCU ATAU CERITA HUMOR.
RESEPI MASAKAN MELAYU. ARTIKEL MAJALAH WANITA DAN LAIN2.



Thursday, August 23, 2007
Qari, Qariah Malaysia johan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49



Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-49 yang di adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah pun berakhir minggu lalu.  

Abdul Aziz Mustakim, 44, yang memperoleh markah 92.17 peratus muncul sebagai johan qari manakala johan qariah dimenangi penyandang Amnah Ayup, 37, yang memperoleh markah 94.5 peratus.

Abdul Aziz, yang berasal dari Johor, dan Amnah dari Sarawak, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,887, sijil penyertaan dan piala pusingan.

Qari dan qariah Indonesia, Darwin Hasibuan dan Hasbia Lambutolo masing-masing menduduki tempat kedua bahagian qari dan qariah tilawah.

Tempat ketiga bahagian qari dimenangi oleh peserta Afrika Selatan, Harun Moos manakala bahagian qariah dimenangi oleh peserta Thailand, Kanokwan Sukthawon @ Mashitah Ibrahim.

Seramai 67 peserta terdiri daripada 41 qari dan 26 qariah dari 44 negara mengambil bahagian pada tilawah bertemakan 'Insan Cemerlang Ummah Terbilang', yang berlangsung sejak Khamis lalu, 16 Ogos 2008.


Posted at 8/23/2007 3:58:19 pm by Sab

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31






rss feed